Friday, March 25, 2016

Pakaian Tradisional Etnik


MELAYU

Sebelum abad ke-20, wanita Melayu masih lagi berkemban, hanya sarong diikat di dada, dipakai ke tempat awam. Apabila Islam menjadi lebih meluas, mereka mula memakai baju kurung yang sopan tetapi elegan. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf.

Pakaian tradisi lelaki Melayu ialah baju melayu. Baju melayu berbentuk kemeja dikenakan dengan seluar. Ia biasanya disertakan dengan sampin - sarong pendek dililit di pinggang.



Jenis pakaian tradisional melayu :
  • Baju Kurung Moden
  • Baju Kebaya
  • Baju Melayu





CINA

Selesa dan elegan, cheongsam tradisional atau 'baju panjang' juga adalah fesyen pilihan kontemporari popular bagi wanita. Biasanya ia mempunyai kolar tinggi, butang ataupun butang katup berdekatan bahu, ketat di bahagian pinggang, dan belahan di satu atau dua sisinya. Ia biasanya dibuat daripada sutera berkilau, satin bersulam atau fabrik mewah yang lain.

Selain itu, pakaian Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.






INDIA

Sari adalah pakaian India tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya 5-6 ela lebarnya, sari ini dipakai dengan anak baju dengan warna serupa atau blaus yang bertentangan warnanya. Biasanya, ia dibalut pada badan dengan pallau - bahagian yang paling banyak bercorak - diletakkan pada bahu kiri. Anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk memegang sari. Dibuat daripada pelbagai bahan, tekstur dan rekaan, sari adalah sangat istimewa. 

Popular bagi wanita India utara adalah salwar kameez atau baju Punjabi; iaitu baju panjang dipakai bersama seluar dengan selendang sepadan. 

Kurta adalah pakaian tradisional masyarakat India untuk lelaki pada majlis formal. Ia adalah baju panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas atau linen.