Saturday, March 26, 2016

SUKAN softball :))

                    SOFTBALL                  



Softball merupakan perkembangan dari permainan baseball atau hardball. Bola softball kebiasaannya berdiameter 28-30, 5cm. Dalam softball, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) yang berada ditengah padang (diamond) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bat. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Setiap pasukan berlumba mengumpulkan mata (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

POSISI PEMAIN DALAM PADANG PERMAINAN (diamond)

PERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI dalam softball...

Melempar bola(pitching)


Permainan dimulakan apabila pengadil (umpire) memulakan pertandingan dan menjerit “Play Ball”. Setelah pemain bertahan (defense) memasuki kawasan jagaannya masing-masing, permainan antara pitcher di pasukan bertahan dan batter di pasukan memukul dimulakan. Seorang pitcher berdiri di atas plate dan menghadap ke arah catcher. Pitcher akan berusaha melempar bola sekuat tenaga ke mitt catcher. Posisi bola lempar mempunyai kawasan khusus yang disebut zon strike (strike zone), di mana hasil akhir lemparan terdapat di atas home plate dan tingginya tidak lebih dari dada dan tidak kurang dari lutut batter. Jika bola dalam zon strike tidak terpukul oleh batter, maka umpire akan menjerit “strike”. Manakala bola keluar dari zon strike, namun batter cuba memukul bola maka umpire akan menjerit “ball”. Zon strike adalah zon dimana bola dalam kawasan pukulan batter. Pada saat melempar, pitcher akan berusaha membuat bola strike dengan sekuat tenaga supaya batter sukar untuk memukul bola walaupun bola berada di zon pukulnya. Kehebatan seorang pitcher adalah melemparkan bola dengan kecepatan tinggi dan dengan sasaran yang tepat.

Penangkap bola(catcher)


Dalam satu-satu pasukan setidak-tidaknya memiliki seorang catcher. Catcher akan dilengkapi dengan kelengkapan perlindungan dan bertindak untuk  menangkap bola dilemparkan oleh pitcher. Catcher menggunakan helmet (catcher mask) untuk melindungi kepala dan muka, body protector untuk melindungi kawasan badan dan legguard untuk melindungi kawasan lutut ke bawah. Posisi catcher adalah berada di belakang batter. Seorang pitcher dan catcher perlu memiliki komunikasi yang baik dengan isyarat-isyarat untuk bekerjasama mematikan seorang batter. Seorang catcher kadangkala adalah pengatur strategi yang baik, kerana dalam pertandingan catcher dapat melihat seluruh situasi yang terjadi di depannya.

Penjaga(fielder)

Selain pitcher dan catcher , pasukan bertahan memiliki 7 orang fielder yang terbahagi dalam 4 penjaga kawasan dalam (infielder) dan 3 orang penjaga kawasan luar (outfielder). Bahagian dalam iaitu penjaga base pertama (1st base), penjaga base kedua (2nd base), penjaga antara base kedua dan ketiga (shortstop), dan penjaga base ketiga (3rd base). Manakala penjaga luar terdapat di sebelah kiri (left fielder), tengah (center), dan kanan (right fielder). Semua fielder (termasuk pitcher dan catcher) berusaha mematikan 3 orang pasukan lawan agar mendapat giliran memukul. Kerana run (mata) hanya dapat dilakukan dalam posisi menyerang.

Memukul(batting)


Setiap batter mempunyai peluang 3 kali strike dan 4 kali ball. 3 kali strike akan menyebabkan batter mati “Strike Out”. Apabila 4 kali ball maka batter akan dibenarkan berjalan bebas ke arah base pertama yang di namakan sebagai free walk. Apabila batter berjaya memukul bola, batter akan berlari sekuat hati mencapai base pertama sebelum bola di kembalikan atau di tangkap oleh penjaga base pertama. Jika batter berjaya sampai di base pertama sebelum penjaga base pertama menangkap bola maka batter “safe”. Namun bila penjaga base pertama lebih cepat menangkap bola, maka batter “out”. Terdapat berbagai cara memukul bola softball. Hit, Bunt, hit and run, Steal dan lain-lain. Bergantung kepada situasi yang berlaku. Pelbagai jenis hit yang digunakan bersesuaian dengan strategi yang akan ditempuhi oleh pasukan penyerang.

kelab SOFTBALL UUM :)





Penyertaan sepanjang 2014-2015 :-
·    UTHM International Open 2014 (suku akhir)
·         Liga IPT divisyen 1 2014….2 (P), 3 (L)
·         PSU,Thailand Open….3 (P), 4 (L)
·         Masum 2014….2 (L)
·         UUM International open 2015….3 (P)
·         Open Dungun
·         Liga IPT divisyen 1 2015…JOHAN (P)





soFTBALL is MY LIFE  :)