Friday, March 25, 2016

Lokasi Percutian Pantai Tercantik di Malaysia .




Malaysia sangat terkenal dengan keindahan pulau yang menarik minta para pelancong dari merata tempat. Malah corak dan hidupan laut yang terdapat di beberapa buah pulau di negara ini adalah antara yang tercantik di dunia.

Ini adalah sebahagian daripada pantai dan pulau yang sesuai di jadikan lokasi percutian untuk mencari ketenangan dan keindahan alam. 



1. PANTAI JUARA, PULAU TIOMAN, PAHANG



Selain daripada bercuti menikmati keindahan dan ketenangan, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya.
 Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

2. PANTAI PERHENTIAN KECIL, PULAU PERHENTIAN, TERENGGANU


Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. 
Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. 
Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.
  • Boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. 
  • Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.
  • Ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.


3. PANTAI PULAU MANUKAN, SABAH


Pulau Manukan adalah pulau kedua terbesar di Taman Tunku Abdul Rahman, (diiktiraf sebagai taman laut negara).
  • Ia terletak di bahagian Malaysia Timur iaitu di negeri Sabah, pulau ini boleh dilawati dengan menggunakan bot yang mengambil masa 10 minit perjalanan. 
  • Pantai yang terbaik adalah di kawasan hujung timur pulau itu. Pada luar pesisir Pulau Manukan terdapat terumbu karang yang sangat cantik 
  • Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah parasailing, selam skuba, mendaki gunung dan mengambil gambar permandangan bagi peminat fotografi. 
  • Bagi yang ingin menginap di sini, anda boleh berkunjung ke Manukan Island Resort.


5. PANTAI PULAU MABUL, SABAH


Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.
Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.
6. PANTAI PASIR PUTIH, PULAU DAYANG, MERSING, JOHOR


Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. 
  • Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.
  • Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. 
  • Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.