Sunday, March 27, 2016

Cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ( Stress )

Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.
Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
Cara terbaik untuk menghilangkan stress ialah:

 1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.

  • ia akan membantu mengurangkan stress dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
  •  amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

  • Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
  • Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
  • mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.
  • Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.
  • Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
  • Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out.
  • tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. 

3. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran

  • Bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
  • Jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.
  • Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
4. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga
  • Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.
  • Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
  • Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. 

5.Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni


  • Menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.
  • Setiap orang mempunyai minat tersendiri seperti mengambil gambar, membuat video dan berlakon serta menyanyi.

6. Bersiar-bersiar


  • Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. 
  • Perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya.
  •  Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

"SMILE IS THE BEST FEELING IN THE WORLD" :)